Dalyla Inn

Latest Posts
Assalamualaikum.... 

2016 telah berlalu, entri kali ni dihiasi dengan gambar- gambar aktiviti yang diadakan di Dalyla Inn.

Aktiviti kacau bubur asyura 

Majlis bersama anak yatim




Aktiviti bakar- membakar

Banyak lagi gambar aktiviti di Dalyla Inn boleh dilihat dalam fanpage rasmi kami....


Silalah berkunjung dan jangan lupa klik LIKE ye...

Berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi

019 -2481068 ( Kak Yana)

Kenangan lama perlu diulang dek kerana gamitan rindu. Pada 26.12.15 baru-baru ini  Dalyla Inn Bukit Kuang menjadi saksi pertemuan lama dan keriuhan dulu bersatu. Alangkah indahnya ukhuwah lama terjalin kembali. Ada yang meneka nama, terlupa siapa, indah nya pertemuan semula... Riuh rendah dengan usikan dalam pertemuan.

Hari ni murah rezeki. Tiba- tiba ada yang datang menghantar ikan baung ke Rumah Rehat Dalyla Inn. Nak masak apa ye??? Kena google resepi menarik  nampaknya selepas ini..

Layan gambar ikanlah dulu ye... nanti kita share pula yang dah siap dimasak...

Ramai yang meminati aktiviti memancing kan? Kadang- kadang tu sehari suntuk menunggu kail disambar ikan. Kagum betul dengan kesabaran si kaki pancing ni.


Gambar di atas diambil di lokasi yang sangat2 berhampiran dengan rumah rehat kami. Siap dpt tangkapan lagi. Boleh masak terus di ruang makan Dalyla Inn... Seronok kan..


Yang berminat dengan penginapan Dalyla Inn boleh berhubung di talian ini
0192481068 (Kak Yana)
0139343799 ( Kak Lah)


Kami menyediakan ruang istirehat yang selesa untuk penginap Rumah Rehat Dalyla Inn Bukit Kuang.

Boleh rujuk gambar untuk melihat jenis- jenis bilik yang kami sediakan. In shaa Allah berbaloi dengan wang yang dibayar.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Entri ini sepatutnya ditulis pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu, tetapi blog ini belum wujud lagi ketika itu. Jadi kita buat entri imbas kembali je lah. Raya lepas, pemilik Dalyla Inn mengadakan rumah terbuka di Rumah Rehat Dalyla Inn. Di sini saya kongsikan beberapa gambar semasa rumah terbuka hari tu.

Tetamu yang datang sakan bergambar di sekeliling kawasan Dalyla Inn.


Seronok menjamu selera dalam kawasan yang terbuka.

Sekian, coretan hari ini...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Peta lokasi ke Rumah Rehat Dalyla Inn
------------------------------------------------




Kami sedang menunggu pengesahan daripada pihak Google Maps untuk penetapan lokasi rumah rehat ini di dalam Google Maps.

Peta lokasi Hotel Dalyla Inn
----------------------------------





Semoga pelan lokasi ini memudahkan perjalanan anda ke kokasi kami.

Untuk keterangan lanjut, hubungi Kak Yana (019-2481068) Kak Lah (013-9343799)